Tuesday, 7 May 2013

Pemimpin dan Prestasi Kepimpinan; Satu Renungan

Bila Datuk Najib ambil alih dari Paklah pada 2009, UMNO / MCA / MIC / Gerakan sebenarnya dalam 'crisis'.
 
Seorang pemimpin yg baik, dia dah dapat 'sense' apa yg perlu dibuat. 

Apabila kita berada dalam krisis, kita tak bleh menonjolkan diri sangat sebagai pemimpin (walaupun kita dilantik memimpin sesuatu kumpulan).
 
Kaum Cina ni bleh berubah menyokong balik MCA jika depa nampak MCA 'menguasai' UMNO dalam beberapa hal. Apa yg Najib perlu lakukan adalah dia sepatutnya 'cool down a bit' ahli / penyokong UMNO, sementara MCA try to 'build himself' up.. Di waktu 'krisis', menonjolkan diri sendiri tidak boleh menyelesaikan masalah. Kadang-kala, kita terpaksa 'membiarkan' sahaja ahli pasukan kita memainkan peranan mereka. Kita just jadi mentor.
 
Itu cerita sebelum PRU13 lah. Lihat apa dah jadi pada komponen BN sekarang selain UMNO.
 
So, apa relevan nya dengan Pakatan?.
 
Kita dah lihat dalam beberapa kawasan seperti Kota Damansara dan Semenyih bagaimana kawasan boleh terlepas kepada BN. Mungkin masalah disiplin dan 'gila kuasa' mungkin. nak cepat jadi wakil rakyat.
 
Juga di Kedah, masalah lebih kurang serupa, walaupun sebab musabab agak berlainan.
 
Semuanya melibatkan masalah kepimpinan. lepas tu, mungkin masalah disiplin, puak-puak berlainan, salah letak calon.
 
Kadang-kadang, pemimpin kena buat 'bising' skit. bagitau rakyat, kita prihatin masalah rakyat. Di Selangor, masalah air tidak lagi selesai, tetapi MB Datuk Khalid sudah berusaha sedaya upaya, dan rakyat tahu apa dia buat. Rakyat jelas dan memberi sokongan pada PRU13 ni.
 
Di Kedah, masalah air (SADA) yg di hadapi rakyat boleh lah di 'anggap' sunyi sepi. bukannya kerajaan Kedah dahulu tak buat kerja, cuma rakyat tak tau kenapa air di Kedah mahal dari di P.Pinang. Mungkin sudah diberi penerangan, rakyat Kedah mungkin dah tahu, tetapi adakah cukup sahaja menyatakan loji air di bina, buat itu dan ini, naik taraf dll?
 
Air mahal, tapi nak bayar kat pejabat pos pun tak bleh...kononnya caj mahal..apa mahal, brape ringgit? .brapa banyak cawangan SADA di Kedah?. Bagaimana kalau rakyat terpaksa 'berjalan jauh' untuk membayar Bil Air di cawangan SADA sahaja? ini kes terpencil saja. mungkin aku salah.
 
Bagaimana plak jalan berlubang? lubang yg dua tiga kali di tampal pun, tahan setakat dua tiga hari, berlubang balik. ada ambil kisah? ada, kontraktor selalu repair. kualiti camne? sape check? sapa memantau/verify? sapa bagitau kerajaan memerintah? ada proper reporting?
 
itu, aku bagi kes kecil je berlaku di Kedah. juga berlaku di tempat lain.
 
banyak lagi kes kalau nak sebut. tapi, kenapa, aku dengar satu masa dulu, persidangan DEWAN DUN KEDAH dulu dalam 20-30 minit saja kot? takde isu nak bincang? waktu BN memerintah 2004-2008, pun kes yg sama. bukan main bising lagi pembangkang waktu tu. mai tahun 2008-2013, berlaku 'benda' yg sama. tapi, 'sunyi sepi'. takde sapa bantah pun? mungkin aku salah. mungkin aku dengar gossip je..
 
so, yg jadi pembangkang, mungkin jadi pembangkang terus kot no? sampai bila-bila..
hehe...
 
yg nak mula memerintah 2013 ni, good luck to you, if you repeat the same mistake, tahun 2018 rakyat Kedah tukar balik..
 


No comments:

Post a Comment