KOMEN AKU:
MENGUNDI PEMBANGKANG, DIKATAKAN TAMAK, TIDAK BERSYUKUR, TAK KENANG BUDI
TAPI KEDARAH DUIT RAKYAT TAKPE..
DPMM: Orang Melayu tidak tamak
"Datuk Syed Ali
menyanggah pandangan Dr Mahathir kerana menyalahkan 'orang Melayu yang tamak'
sebagai punca sokongan rakyat kepada BN merosot"
Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia (DPMM) menafikan perpecahan undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13 Ahad lalu berpunca daripada sifat tamak segolongan pengundi
Melayu.
Sebaliknya kata Pengerusi DPMM Datuk Syed Ali Alattas, faktor
utama adalah berdasarkan reputasi sesuatu parti politik yang berjaya menunjukkan
rekod prestasi cemerlang dalam memperjuangkan isu rakyat.
“Saya percaya
ini bukan soal perpecahan negara sebaliknya ia adalah pilihan masing-masing,”
katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad sebelum ini menyalahkan ‘orang Melayu yang tamak’ sebagai punca
penurunan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
Sementara
beberapa analisis menunjukkan golongan pengundi Melayu yang menyokong Pakatan
Rakyat semasa PRU13 adalah pengundi kelas menengah dan ke atas.
Syed Ali
berkata, ironinya walaupun masyarakat Melayu diajar untuk bersyukur kerana
mendapat bantuan daripada polisi kerajaan termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB),
namun beliau mempersoalkan masih ramai usahawan Melayu masih terhimpit dengan
desakan ekonomi.
Katanya, bukan sahaja masalah masyarakat Cina yang tidak
mendapat bantuan dijadikan isu, tetapi masyarakat Melayu yang mendapat
keistimewaan itu sendiri pun tidak mendapat manfaatnya.
“Komuniti
perniagaan Melayu juga berasa kecewa kerana sering diketepikan dalam kepesatan
ekonomi dan memperoleh manfaat yang sedikit.
“Persoalannya siapa yang
dapat manfaat itu?,” soalnya.
Katanya, keharmonian tidak akan tercapai
jika hanya sesuatu pihak sahaja mendapat keuntungan dan tidak melibatkan semua
sektor secara sama rata.
Sehubungan itu, Syed Ali mendesak pembentukan
Majlis Penyelaras Ekonomi Negara (NERC) sebagai badan bebas menyiasat punca
jurang perbezaan ini.
NERC terdiri daripada 30 ahli, 10 daripada DPMM, 10
wakil parti politik, dan 10 daripada ahli dewan perniagaan lain.~ fmt
No comments:
Post a Comment