Apabila anda membeli tanah, bagaimana anda tahu keluasan yang betul? Biasanya, kita bergantung kepada Pejabat Tanah kerana keluasan tanah tersebut tercatat di dalam geran dan biasanya tepat.
Walaupun begitu, ada beberapa sebab anda perlu mengukur semula tanpa memanggil semula agen pengukur tanah yang dilantik oleh Pejabat Tanah.
1. Batu (penanda) sempadan dah 'hilang' samada tertimbus atau tidak dijumpai.
2. Rupa bentuk tanah berkenaan.
Apabila berlaku demikian, ada beberapa masalah akan timbul. Contohnya, apabila anda hendak membuat pagar. anda tentu tertanya-tanya di manakah sempadan yg betul. Kedua, kadang-kadang berlaku juga pencerobohan tanah anda oleh jiran anda samada sengaja atau tidak sengaja. Terjadinya demikian kerana bukan sahaja faktor di atas, tetapi kesilapan membaca pelan tanah yang betul. Kadang-kadang, masalah tersebut boleh menyebabkan pergaduhan antara anda dan jiran anda.
Saya bagi satu contoh di bawah.
Tanah di atas berukuran 900 kaki panjang dan 100 kaki lebar. Itu adalah anggaran. Jika ia bergaris lurus yg panjang, seperti di atas, hanya ada dua batu penanda di ujung sempadan. Jika anda membuat kesilapan lebar sekiranya hanya satu kaki, maka bagi panjang tersebut, anda boleh membuat kesilapan keluasan sebanyak 900 kaki persegi.
Nanti ada orang bertanya, ukur sajalah dari dua batu sempadan (900 kaki) tersebut, tetapi kena ingat, bentuk rupa bumi bukannya sama tinggi (macam padang bola) mungkin ada juga semak samun. Ukur sudut? memang boleh, tetapi bagaimana anda mengetahui sudut anda tepat (kecuali menggunakan alat yg betul)? kalau salah satu darjahpun, bagi panjang 900 kaki tersebut, anda boleh tersasar sebanyak lebar 50 kaki di hujung sempadan.
Oleh itu, sudut sahaja tidak boleh di gunakan dengan tepat. begitu juga jarak. Sebab itu, dua-dua sudut dan jarak diberikan di dalam pelan tanah, dan ia penting dalam pengiraan.
Jadi untuk memudahkan pengiraan, ada perlu memecahkan segiempat besar berkenaan kepada beberapa segiempat yg kecil supaya jarak (LEBAR) boleh di ketahui bagi setiap panjang 100 atau 150 kaki misalnya.
Persoalannya, ia bukan segiempat sama, jadi bagaimamana?
Sebenarnya, jika setiap segiempat kecil tersebut dipecahkan menjadi segitiga, maka anda boleh mengira keluasan dengan mudah, iaitu;
1. dengan mengunakan kaedah begini:
dan
2. anda perlu tahu dua formula metamatik berikut:
3. anda perlu buat sedikit kiraan mengunakan Microsoft Excel dan formula 2. di atas
Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mengunakan 3. di atas, anda hanya perlu calculator dan 1.&formula 2.
Dengan syarat, satu batu penanda (biasa di tepi jalan, bagi tanah yg berhampiran jalan) dan pelan tanah mestilah ada.

No comments:
Post a Comment