Saya 'preview' atau rujuk balik dua kenyataan dari website dan blog berkenaan (yang saya taknak sebut) mengenai kawasan Kulim-Bandar Baharu yang saya anggap 'sahih'.
Kenyataan selepas parlimen di bubarkan pada April 2013
Quote
"Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang. Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah."
Seretan Peristiwa Pasca PRU12
"Pada 19 Ogos (2008) lalu, Mahkamah Pilihan Raya telah menetapkan 16 September ini untuk mendengar semula petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum 8 Mac (2008) lalu sebagai tidak sah. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi menetapkan tiga hari bermula dari tarikh itu untuk meneruskan perbicaraan setelah kes berkenaan tertangguh tiga kali.
Seretan Peristiwa Pasca PRU12
"Pada 19 Ogos (2008) lalu, Mahkamah Pilihan Raya telah menetapkan 16 September ini untuk mendengar semula petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum 8 Mac (2008) lalu sebagai tidak sah. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi menetapkan tiga hari bermula dari tarikh itu untuk meneruskan perbicaraan setelah kes berkenaan tertangguh tiga kali.
Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan tersebut, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.
Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz ialah Zulkifli Nordin yang memenangi kerusi Parlimen itu tidak mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya lalu yang melanggar Akta Pilihan Raya.
Zulkifli dari PKR mendapat 22,255 undi, menewaskan Abdul Aziz yang memperoleh 16,672 undi."
Unquote
Apa 'significant'nya dua kenyataan dan peristiwa di atas bagi Warga Kulim-Bandar Baharu, terutama bagi 60,910 pengundi yang akan memilih pada 5 May ini?
Medan politik adalah medan memilih pemimpin. Itu yang terpenting sekali. Tetapi memilih ahli dewan negeri (ADUN) dan ahli PARLIMEN tidak menjamin kawasan kita akan berubah. Jadi, kebanyakan kita akan memilih parti atau coalition. Situasi di Malaysia, memilih parti sahaja tidak mencukupi di era pasca PRU12.
Jadi rakyat terpaksa memilih samada BN atau PR (PKR/PAS/DAP). Itulah saja pilihan yang kita ada. Tidak ada jalan tengah atau 'undi rosak'. Undi rosak dalam definasi saya tidak membawa apa apa kebaikan kepada Negara, Bangsa dan Agama.
Pertama sekali kita tahu PR atau BN akan diberi mandat oleh rakyat untuk ke Putrajaya dan coalition mana (PR atau BN) di Kulim-Bandar Baharu yang kita akan pilih?
Akan jadi kenyataan?
Pendapat saya kali ini, jika sayangkan Malaysia, kita hanya boleh pilih PR atau BN sahaja. Soal nak pilih, contohnya ADUN untuk BN dan PARLIMEN untuk PR atau sebaliknya, tidak boleh timbul. atau sesiapa yg bercadang untuk undi rosak, tak de faedahnya walaupun untuk memprotes. Kalau nak protes pun, jangan rosak kan undi, lebih baik undi sebelah pihak lain.
Nota: Mengundi calon bebas dan parti serpihan bukan keutamaan pada tahap politik Malaysia hari ini. Mungkin dalam masa 10-20 tahun akan datang, apabila politik di Malaysia sudah 'matang', bolehlah kita mengundi berdasarkan calon.
Di daerah BB ni (sebab saya tak sebut Kulim kerana Kulim mungkin isunya berbeza) ada isu tersendiri. Kalau di bandingkan dengan daerah-daerah lain, TIGA kekurangan utama yang perlu di beri perhatian oleh kedua-dua pihak negeri dan pusat adalah
1. Ketiadaan Hospital Daerah di Serdang
2. Ketiadaan Jalan Utama (Highway dua lorong) dari Tol Bandar Baharu ke Kulim - jalan sedia ada sangat merbahaya yg melibatkan banyak kemalangan akibat jalan berliku-liku.
3. Kawasan Perindustrian Kecil (IKS) - akibatnya penduduk berhijrah ke tempat lain.
Tiga perkara yg saya cakap tu bukanlah perkara baru yang saya suka timbulkan dan ketiadaan tanah di daerah ini untuk tujuan tersebut bukanlah satu isu utama. Kita lihat kawasan di sekeliling (di Selatan, iaitu Parit Buntar lebih maju dari Pekan Bandar Baharu, di Barat, iaitu Penang dan (Krian/Perak) dan Utara (Kulim) dan Timur (Selama, Perak) lebih maju.
Daerah Bandar Baharu
Satu ketika dahulu, jumlah penduduk di Daerah BB adalah yang paling rendah jika dibandingkan jumlah penduduk di daerah-daerah lain di Kedah (saya tiada statistik terkini). Kebanykan keluar dari kawasan ini disebabkan tiada pembangunan mampan walaupun di perintah oleh mamak menteri selama 5 penggal.
Menteri Kulim-BB selama 5 penggal; apa hasilnya?Itupun ada cita-cita nak tubuh parti baru
Perbezaan dari segi pembangunan di daerah BB dengan kawasan sekitar di kira amat ketara. Cuba tengok dari segi mukabumi dan sempadan daerah-daerah lain, apa masalahnya di daerah BB ni? Kecuali bagi daerah di sebelah Banjaran Titiwangsa di mana tidak ramai penduduk akibat keadaan mukabumi, tetapi Daerah BB hanya dipisahkan hanya oleh bukit yg rendah. Lihat kedudukan Pekan Serdang jika di banding Pekan Selama, Perak yg berada jauh sedikit di pendalaman.
Kedudukan Pekan Serdang dibandingkan Nibong Tebal dan Parit Buntar yang lebih maju dan hanya jalanraya berliku yang menghubungkan Kulim dan Serdang (Nota: dalam peta di atas nampak lurus, realitinya adalah berliku disebabkan di bina oleh estet waktu 40-50 tahun dulu)
Tengok sahaja Pekan Serdang (Selain IPD, Balai Bomba, Pusat Pentadbiran Daerah), apa yang ada di Serdang?
Pekan Serdang (Deretan Kedai/Bank Hong Leong di depan Pusat Pentadbiran Daerah BB(tiada dalam gambar)
Adakah image di atas sajakah yang boleh di banggakan oleh warga BB (Pengundi 26,506) yg lokasi tak jauh dari P.Pinang?
Jika di bandingkan dgn yang ini di Kuala Ketil (Pengundi 28,097) dan KUIN yg jauh di pendalaman?
atau Pekan Parit Raja, Johor yg jauh lebih maju walaupun pengundi hanya 20,207? - tak payah letak gambar dah tahu..
kesemuanya kawasan tersebut adalah majoriti kaum melayu..
Satu masa dulu, dengar ura-ura.
1. kolej/politeknik akan dibina, aleh aleh pindah ke High Tech Kulim
2. ura-ura nak ada kawasan IKS, tinggal mimpi saja..
3. ura-ura nak bina pekan BB yang baru dekat TOL PLUS, aleh bleh tengok sawah terbiar je..
berita terbaru, lapangan terbang tentera Butterworth nak di pindahkan ke BB..hehe..
sebagai anak tempatan, aku harap akan ada perubahan drastik di daerah BB memandangkan kedudukan berdekatan dengan PP dan access untuk ke arah Selatan dari Hi-Tech Kulim tanpa melalui PP. Ia hanya boleh di realisasikan jika ada kemudahan jalanraya dua lorong.
takan lah perkara cam tu takleh nak fikir..
lastly hehe undilah..







No comments:
Post a Comment