Antara penulis blog yang aku 'respect' adalah A. Kadir Jasin. Bukan aku setuju semua apa yg dia kata, tetapi penulisan bukan hanya sekadar penulisan tetapi juga berdasarkan fakta.
Mungkin ramai yg tak setuju ngan aku tetapi dikalangan penulis blog PR sekalipun, ada yg menulis cara cincai je..
sebab itu, bagi aku PRU13 ni bukanlah puncak segala PRU. Puncak PRU mungkin PRU14 ke ato PRU15 dimana demokrasi sebenar dapat dilihat. Waktu itu mungkin BN dah takde kalau kalah.
Sebab apa? PRU13 ni dijalankan tidak dalam bentuk demokrasi sebenar, dimana semua pihak dapat equal access in term kempen, SPR telus, semua rakyat bleh mengundi (21 tahun ke atas) dan sebagainya.
Jika PR menang, mungkin ada akan kata itu puncaknya..tapi apa jadi kalau PR kalah? Memang, tanda-tanda sudah ada PR akan ke Putrajaya, tetapi mungkin ada yg akan berpaling tadah. Lihat di beberapa kawasan dimana pencalonan 'bertindih' berlaku dan selepas itu ada tuduh-menuduh di antara satu sama lain.
Ini tidak menguntungkan PR. itu sudah menunjukkan ada perancangan yg tak kena.
Lupakan YB Najib. mereka ada masalah tersendiri. dan jentera BN biasanya tahu apa yg perlu di buat sebab 'infrastruktur' mereka lengkap. sedangkan PR tidak ada masa, kurang dua minggu adalah waktu yg singkat. kecuali saf pembangkang tunjukkan kesatuan yg remarkable at this time before 5 may.
renungkanlah..
No comments:
Post a Comment