Tuesday, 30 April 2013

Brahim Katak Kantoi: Isu Lot Tanah 10 Juta

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18831-tanah-rm10-juta-bunga-raya-layu-sebelum-kembang#.UYCC0yJXhlY
 
Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007.

Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).

Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu.

Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera.

Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini.

Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya.

Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.
 
TENGOK..RAKYAT PUN TAK KESAH..HEHE.


PRU13: Repot Kad PR

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18855-jangan-buat-silap-kali-ke-13#.UYB_0yJXhlY
 
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertungkus-lumus lima tahun untuk mencari satu kesalahan pada pimpinan Pakatan Rakyat, tapi mereka gagal menjumpai apa-apa. "

"Dengan SPRM yang terkenal dengan kecekapan dan kepantasannya dalam sebarang kes melibat pimpinan PR, PR sudah boleh dikira sebagai teramat bersih kerana tiada satu kes rasuah pun sehingga kini. Rakyat lebih pandai menilai,” kata Tuan Ibrahim
 


Monday, 29 April 2013

Mengintai Putrajaya di Perak

Ahmad Lutfi Othman, 29 Apr 2013
Saya cuba bersikap terbuka dan berlapang dada apabila menonton TV, bukan terhad hanya kepada slot berita tetapi juga rancangan bualbicara selepasnya, diselangi iklan-iklan politik tidak berbayar. Saya juga terpaksa berusaha menenangkan diri sendiri ketika menatap akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu dan Inggeris.

Walaupun menyedari degup jantung tambah kencang berdepan siri "pembelasahan" media, saya gagahi juga. Selepas tujuh hari berkempen, saya belum sempat turun mendengar ceramah, merasai situasi sebenar di lapangan. Selain laporan internet -- melalui portal berita, blog dan juga Facebook -- saya terpaksa melanggan akhbar-akhbar utama dan memasang telinga mendengar (bukan menonton) Buletin Utama TV3, bagi mengetahui pendekatan kempen BN yang tidak beretika itu.
 
(Komen TERBARU: TV3 suku repot sekejap tadi "Ibrahim katak kata Tok Guru NA ada Lot-Lot tanah kat Kota Bahru 10 JUTA , hahahaa.. DAH HABIS MODAL KE BRAHIM KATAK ke TV3 SUKU TAKDE BERITA nak bubuh hahaha ... lepas ni kena saman la kekeke..)


Untuk mempertahankan survival BN yang terancam, peneraju media menjadi tidak rasional lagi. Proses "pembodohan" umat berlangsung secara besar-besaran. Berduyun-duyun sang profesor (termasuk dari disiplin sains politik) membentangkan sudut pandangan, sedangkan yang diluahkan tidak lebih daripada pengulas bertaraf jurucakap parti.

Apabila saya singgung isu-isu yang dimainkan media di bawah kawalan mutlak Umno-BN itu dalam FB, segera reaksi rakan-rakan yang mengaku mereka sudah lama tidak membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3.

"Aku juga dah tak baca The Star, yang cuba berlagak bebas tapi semasa kempen PRU13 bertukar tukang propaganda murahan," ujar kawan lama dari Alor Setar. "Buang masa, membazir duit hang beli Utusan atau Berita Harian, juga menonton berita TV3," tambahnya meminta saya menjaga kesihatan dengan tidak memudaratkan diri menatap media talibarut Umno itu!

Sukar untuk memastikan sama ada media konvensional yang terjajah ini masih mempunyai pengaruh besar, namun saya yakin kewibawaan dan integritinya menjunam teruk.

"Lutfi, tak payah susah hatilah dengan pemberitaan songsang mereka, hanya satu jalan untuk mengubah keadaan, rehatkan saja BN. Buang masa saja kau bersama KAMI timbulkan isu akses media semasa kempen ini, tumpukan saja hari-hari terakhir ini untuk Harakah jelaskan kekeliruan yang dicetuskan media Umno dan fokuskan tawaran Pakatan," tegur seorang bekas editor kanan.

Menginsafi rangkaian Harakah masih terbatas, saya dan rakan-rakan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bertindak melancarkan promosi di beberapa lokasi, di seluruh negara, sambil mengedarkan sisipan Bangkit secara percuma.

Khamis lalu, semasa saya melakukan tinjauan singkat ke Bukit Gantang dan Kuala Kangsar -- dua kerusi Parlimen yang ditandingi PAS -- saya menitipkan sejumlah T-shirt khas buat wartawan sambilan Harakah di Perak, Muhd Faeez Azahar.

"Sambil edar Bangkit dan tabloid Inikalilah, jangan lupa berkempen untuk Harakah, terutama di kawasan strategik dekat Ipoh ini," ingatan saya kepada Faeez, anak muda yang berkampung di Pejabat Perhubungan Negeri sepanjang kempen PRU13.

Alhamdulillah, berkat sumbangan pembaca Harakah untuk dana projek penerbitan kempen PRU13 KAMI, hampir 200,000 naskhah Bangkit berjaya diedarkan ke lokasi tertentu. Mungkin ia tidak mampu menyaingi edaran percuma edisi petang Berita Harian dan Utusan Malaysia tetapi sekurang-kurangnya berjaya menawarkan sumber maklumat alternatif.

Di sebelah tengahari 25 April itu, saya ditemani wartawan senior, Johari Jaafar, bertemu Ustaz Idris Ahmad, di pejabat Pusat Khidmat (bekas) Ahli Parlimen Bukit Gantang, dekat Changkat Jering. Rakan sepejabat, Khairul Hartimi Tajudin memandu dari Kuala Lumpur, memudahkan urusan saya.

Idris yang juga penasihat editorial Harakah menyambut kami. Agak keletihan, tetapi tetap menyerlahkan keyakinannya. Saya tidak banyak bertanya peluangnya untuk mengekalkan kemenangan Nizar Jamaluddin -- dan sebelumnya Allahyarham Roslan Shahrom -- tetapi cuba merisik pandangan AJK PAS Pusat ini terhadap potensi Pakatan Rakyat untuk "membebaskan" Putrajaya.

Selama ini, termasuk ketika bermesyuarat setiap Selasa dan JUmaaat di Harakah, Idris seperti juga saya, cukup berhati-hati dengan peluang ke Putrajaya. Kami berkongsi kerisauan tentang sikap pengundi Melayu, terutama di kampung-kampung, dalam usia melebihi 40 tahun, yang dilihat masih terpengaruh dengan dakyah perkauman Umno.

"Ustaz, rata-rata ana pergi, ramai bercakap Pakatan boleh menang, malah ada sahabat menggesa ana membuat persiapan operasi Harakah selepas 5 Mei nanti, apa jadi Harakah selepas kita menang?" saya mengintai ulasan Idris.

Dia tersenyum lebar. "Ana pun rasa begitu," katanya tanpa teragak-agak. Segera saya teringat beberapa hari sebelum itu, Dr Mohamad Agus Yusoff semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama.

Seorang lelaki melewati usia 60 tahun yang bersama kami dari awal segera bangun, bersalam erat dengan Idris, tanda puas dengan reaksinya. Kami sama-sama ketawa.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," maklum saya kepada Idris. "Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama."

"Apa pun kita jangan leka, usah pandang rendah jentera kempen BN terutama melalui media dan agensi kerajaan sejak lama dulu," kata Idris, sambil merujuk sikap penyokong tegar Umno yang ditemuinya sepanjang kempen. "Ada yang langsung tak makan dengan hujah, kita hanya harapkan perubahan anak-anak mereka, yang lebih terdedah dan terbuka," tambahnya.

"Apa yang menarik minat pengundi, Ustaz?" tanya saya. "Tawaran kita, seperti hapuskan tol dan PTPN, rendahkan harga kereta, mekanisme turun kos sara hidup. Ana tak letak banyak tawaran kita, tumpu yang utama saja," katanya sambil menunjukkan booklet pengenalan dirinya. "Harakah patut jelaskan lebih terperinci dengan sokongan fakta meyakinkan," ujar Idris.

Sebelum kami beredar, Idris memperkenalkan wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang menunggu di luar. Zulaikha dari Kuala Lumpur turun ke Perak membuat liputan di "kerusi panas" seperti Kuala Kangsar, Lumut, Larut, Sungai Siput dan Bukit Gantang sendiri.

Calon PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim sedang sibuk berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Ulu Kenas ketika Johari Jaafar menghubungi beliau untuk menentukan tempat sesuai kami menyapanya.

Kami solat jamak di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara menunggunya. Dua kenalan baru yang saya jumpa petang itu kelihatan yakin dengan mood pengundi Perak.

"Kami hanya mahukan kerajaan yang pernah kami pilih pada 2008," kata seorang darinya. "Saya jangka peluang PAS cerah di Kuala Kangsar ini, bukan kerana faktor calon Bebas, Kamilia Ibrahim tetapi masanya sudah sampai untuk rakyat berubah. Larut juga berpotensi tetapi saya lebih yakin Dato' Seri Nizar akan jadi MB selepas 5 Mei nanti," katanya sambil membilang jumlah kerusi Dun yang bakal dimenangi Pakatan. "Insya-Allah, boleh sampai 35 kerusi Dun," katanya.

Hujan mulai turun ketika kami melewati bulatan untuk keluar dari bandar Kuala Kangsar, menuju tempat Idham Lim. "Biar kita ke sana, jangan ganggu calon bertemu penduduk," kata saya kepada Munizam Zamri, jurufoto sambilan yang berkejar dari Seberang Perai.

Saya perhatikan Idham berkulit cerah tambah bercahaya wajahnya semasa menceritakan cabarannya bertanding di Kuala Kangsar. "Saya lebih suka berbicara soal cabaran dan bukannya peluang," katanya.

Dia nampak komited dan yakin dengan keupayaan diri untuk bersama-sama melakukan perubahan, dan lebih penting "membantu penduduk setempat" yang dihimpit pelbagai masalah.

Dia menggariskan lima tawarannya, termasuk berkaitan pembinaan Jambatan Manong, yang sudah melalui tiga kali majlis pecah tanah tetapi belum siap juga. Kedua, pengangkutan awam dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang daif dan uzur. Juga mengenai penempatan kampung baru dan kampung tersusun yang tidak mendapat hak milik kekal, selain masalah perparitan.
 
Walaupun "orang baru" tetapi Idham kelihatan amat arif dan masak dengan masalah masyarakat yang bakal diwakilinya nanti. Saya yakin Idham dan juga calon PAS Dun Manong. Haji Jamil Dzulkarnain, bekas Ketua Zon Bank Simpanan Nasional Kawasan Kuala Kangsar yang turut bersama kami petang itu mempunyai peluang cerah.

Surat buat pengundi awal daripada Presiden PAS

Assalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera;

Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian,

Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013.

Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila.

Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua.

Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini.

Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini.

Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

“PAKATAN HARAPAN RAKYAT”

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Saturday, 27 April 2013

Kerjasama PAS dan DAP : Suatu penjelasan — Nasruddin Hassan

 27 APRIL — Sejak kerjasama PAS dan DAP menjadi realiti, Umno dan BN dilihat bersungguh-sungguh menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan “sepanduk” mereka bahawa “PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno”. Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil.

Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul secara adil, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada Umno dan BN lalu memenangi pilihan raya secara gentleman. Malangnya demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh Umno dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya umat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul SAW bertindak melalui sirah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekali gus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin (rahmat - naungan kasih buat seluruh alam).

Antara tindakan bestari Baginda Rasul SAW ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non-Muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan nenentang kezaliman :

Hilful Mutaiyyibin

Nabi Muhammad SAW pernah menjelaskan mengenai Tahaluf ini sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud, “Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian (tahaluf) al-mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali.” (riwayatkan Imam Ahmad di dalam al Musnad Jil 1. hlmn 190-193)

Perjanjian atau kerjasama (tahaluf) ini wujud apabila timbul persengketaan dalam kalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam-zam. Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama (tahaluf) untuk tidak merampas hak masing-masing.

Hilful Fudhul

Urutan Perjanjian Mutayyibin, Perjanjian atau kerjasama “fudhul” dimeterai untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah. Sama ada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah, juga kepada orang-orang asing yang berurusan di Kota Makkah. Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dalam kalangan mereka.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an, adanya satu perjanjian atau kerjasama - fudhul - yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah. Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam, maka aku akan menyetujuinya.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq. Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan (tadlis) di sini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al-Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik-baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dalam kalangan bangsa Arab. Ia tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al-Ashi bin Wai'l, seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya.

Mengenai kisah Hilful Fudhul ini, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :

Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya diceroboh pencuri (waliyazubillah - sebagai contoh). Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134,000. Pencurinya seorang perempuan tetapi lariannya ligat dan pantas, lalu saya berteriak, “Tolong! Tolong! Perempuan itu curi wang saya!” Tiba - tiba jiran - jiran saya yang seorang India beragama Hindu namanya Balendran (sekadar contoh) dan juga orang Cina beragama Kristian namanya Vincent (sekadar contoh), malah ramai lagi jiran saya turut keluar mengejar pencuri tersebut sekalipun mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa-rupanya bulan lepas rumah mereka juga diceroboh oleh pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100,000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama-sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul di hadapan rumah saya di Jalan Raja Laut (sekadar contoh), lalu mereka melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang Muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non-Muslim, Islam membenarkan saya memeterai perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM134,000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba-tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non-Muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, India dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut TOTO dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab yang diterjemahkan sebagai, “Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu.”

Begitu juga orang tua-tua pernah bisik pada saya, Umno ini “Bagai paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Tetapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai Umno ini. Kata mereka, “Paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga”.

Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka? Bukankah Umno menjadi alat dan binatang tunggangan dalam Barisan Nasional?

Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang satu ketika dahulu, tetapi malangnya Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain? — www.harakahdaily.net

Friday, 26 April 2013

How Do We Know PR is Going to Win in this PRU13?

My comment "do not thrust this guy' but this is interesting..
 
NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

I remember an incident back in the 1980s when the Director of the Terengganu Anti-Corruption Agency or ACA (now called the MACC) took two weeks leave to campaign for PAS during the general election. He drove around all over Terengganu with his Volkswagen covered with PAS flags.

One general election later I was in Lembah Pantai to help the Umno candidate, my old school friend Kamal Husein, who was contesting against Marina Yusoff from Semangat 46. It was actually tough going because the Umno people aligned to Razak Abu Samah and Abu Bakar Lazim were sabotaging him. Hence because of the internal sabotage Marina had a strong hope of winning.

I then met up with two Special Branch officers to seek their help. They agreed to help but for a price so I introduced them to Kamal Hussein. Of course, the price was quite high but Kamal paid the price and won the election. Kamal is now with PKR so no doubt whatever I did is no longer a secret and PKR and Anwar Ibrahim would now know my black-ops operation and how I paid off (or rather Kamal did) the Special Branch officers to sabotage the other side.

In 1998 I received information from an ex-military man -- Lt Col (Rtd) -- whose brother was a Special Branch officer regarding what they planned to do with Anwar Ibrahim, who was then already incarcerated in the Sungai Buloh Prison. I then informed Dr Wan Azizah Wan Ismail about it and she raised this matter in Parliament.

After I was released from my first ISA detention in 2001 I met up with PAS leader Mahfuz Omar who asked me whether I knew where I was kept during my detention. I replied that I did not so Mahfuz told me where the detention place was. He had received this information from a Special Branch officer who was sympathetic to PAS and was in a way their mole in the Special Branch.

Then we have the many senior police and military officers who have since retired and have joined the opposition. Then we have the many senior Umno and Barisan Nasional leaders who have left the ruling party to join the opposition. Then we have the many Deep Throats that I myself have in the government, Umno, MCA, Gerakan, MIC, PPP, etc., plus the MACC, Police Force, Attorney-General’s Chambers, and whatnot, who feed me information and for sure would join the opposition once they retire or no longer have a future with the government or Umno/BN.

So you see, you never know whom you can trust nowadays. Even the Father of Independence (Bapak Merdeka), Tunku Abdul Rahman, and Tun Hussein Onn left Umno and died outside Umno and supported Semangat 46, as did people like Datuk Harun Idris (infamous for May 13) and a host of other government people turned opposition supporters.

And the latest, of course, is Muhammad son of Muhammad, who actually hoped to become Prime Minister one day but now that that is not going to happen he has crossed over to the opposition.

Therefore, all those who are saying that I am making or wish to make a deal with Umno so that I can return to Malaysia are mad if they think I am that stupid. Even if I do wish to make a deal who in the government, Umno, the Police, or whatever can I trust? How would I know that these people I talk to will not one day cross over to the opposition? And once they do what would happen to the secret that we share?

Say Pakatan Rakyat does win the general election in two weeks time. How many of those pro-Umno or pro-Barisan Nasional people will remain pro-Umno or pro-Barisan Nasional? Would they not swing over to the government-of-the-day and become pro-Pakatan Rakyat?

As I said, even if I do harbour ambitions of returning to Malaysia I would not know whom to trust. I do know a lot of people on the ‘other side’ -- that is certainly very true. I even have many friends in Prime Minister Najib Tun Razak’s office, some of them my old school mates. But I cannot guarantee that they would not cross over if things on the other side do not pan out to what they had hoped.

Hence you insult me when you say I am making a deal or wish to make a deal with Umno. That is so stupid and only you can be stupid enough to think that. And just because you are stupid does not mean I am stupid as well.

Let me put it another way. How do you think I know that Vincent Tan paid Hee Yit Foong RM25 million to cross over? And would any of you have known this had I not revealed it? Well, I got it from the horse’s mouth, people who were involved in the whole thing. Hence if they could readily reveal that they paid Hee RM25 million would they not also readily reveal they are paying me if I make a deal with them?

So, yes, I do have friends in high places from the other side. But I would be exposing myself to great risk if I use these connections to make a deal. And only silly people will make this mistake. And I may be many things, but silly is not one of them. And if you think I would make that silly mistake then you are sillier than you dare admit.

I have been in this game for 35 years so I know how to play my black-ops. I suppose many of you are Johnny-come-lately armchair politicians so you know nuts. Hence you do not know what I would call self-preservation. And making a deal with someone who may later sell you out is NOT self-preservation. And in this game the ‘other side’ can become ‘your side’ with a flick of an eyelid and what do you do then?

Kapish?

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13

https://www.facebook.com/notes/kedahlanie/amanat-dato-seri-anwar-ibrahim-menjelang-pru-13/533152923383959
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini:
http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.


Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?

Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:

Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case:
http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?

2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?

3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?

4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya krn 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin2 BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kpd anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yg bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

Nukilan : DS Anwar Ibrahim

Wednesday, 24 April 2013

PRU13: Kenapa Pengundi yang dah Mendaftar Wajib Mengundi pada PRU kali ini?

 
Semua pengundi yang mendaftar pada PRU13 kali ini WAJIB MENGUNDI.

Jika tuan pergi mengundi, disamping bertujuan untuk memilih pemimpin, juga untuk ‘menghapuskan penipuan undi’. Jika semua datang mengundi, penipuan undi agak susah untuk mencapai objektifnya, dan penipuan berada pada tahap minima. Apabila ramai yg mengundi, sebarang penipuan undi agak mudah untuk di bendung, bukan menghapuskan sama sekali tetapi mengurangkan impak atau kesan dari penipuan tersebut.

Nanti ada orang tanya, bagaimana boleh berlaku penipuan undi? Persoalan bagaimana perkara tersebut berlaku, tidak penting. Kalau terlalu memikirkan kenapa ia boleh berlaku, kita seolah tahu proses atau tatacara pilihanraya tersebut secara terperinci yg di ‘lindungi’ SPR. Soal macam tu tak penting sangat. Kalau nak tahu jugak tak pa. pergi lah cari, mesti jumpa punya sebab perkara tu boleh berlaku. Ia tak adil bagi proses demokrasi tulen.

Dengan tidak mengundi atau buat undi rosak, anda sudah dikira OUT TKO. Kena kad merah. Bermakna pasukan anda sudah kekurangan satu orang. Bagaimana jika 10,000 orang berada dalam kumpulan anda, 500 orang bertindak sedemikian rupa? Apa impak kepada pasukan anda?


Calon-Calon PR Kulim-Bandar Baharu berkerjasama sewaktu kempen

Mengundi adalah kerja berkumpulan. Bagi PRU sebelum ini, jika tidak mengundi, kesannya tak besar dan tak nampak. Sebab kita dah tahu parti mana yg nak menang. Tetapi, kali ini (PRU13) dan seterusnya PRU14 dan 15, kesan nya amat besar. Kita tak dapat mengagak siapa yg akan menang (ke Putrjaya) selepas ini. Ini kerana BN sudah ada pesaing sebenar, iaitu PR. Kalau nak bersaing, mesti ada dua kumpulan berbeza yg agak sama kekuatan. Kalau tidak, satu kumpulan lagi senang tewas. Susahlah.

Kenapa saya berkata demikian?

Ini kerana pada PRU13, akan berlaku paradigm shift bukan sahaja di kalangan PR, tetapi juga BN. Apabila BN berubah (walaupun PRU13 kali ini BN menggunakan ‘cara yg hampir sama seperti PRU lalu’ kerana masih bergantung kepada serangan-serangan berbentuk peribadi) seperti pemberian B1RM, kedai rakyat dan lain-lain. Hampir keseluruhan calon-calon, adalah calon-calon baru, impaknya bukan segera atau mendadak, tetapi BN terpaksa berubah mengikut kehendak rakyat.

(Note: The term "paradigm shift" has found uses in other contexts (beside in scientific terms), representing the notion of a major change in a certain thought-pattern — a radical change in personal beliefs, complex systems or organizations, replacing the former way of thinking or organizing with a radically different way of thinking or organizing.

Terjemahan ringkas: paradigm shift adalah merupakan perubahan besar yg tersusun melalui perubahan radikal kepercayaan tertentu, menggantikan cara pemikiran lapuk atau usang)

Tetapi, pada PRU14, dimana DSAI tidak lagi aktif berpolitik, maka isu serangan peribadi akan berkurang dengan sendirinya, calon-calon akan datang akan lebih berkaliber lagi. Ini bergantung samada PR boleh ke Putrjaya atau tidak selepas PRU13. Jika PR berjaya ke Putrajaya, maka PRU14 akan lebih menarik.

Pada PRU14 nanti, calon-calon akan lebih kepada kehendak demokrasi sebenar, jika apa yg dijanjikan pada manifesto masing-masing ditunaikan selepas PRU13. Tidak seperti masa yg lepas (sebelum PRU12), janji hanya tinggal janji.

Paradigm shift PRU13 bukan lah puncaknya yg sebenar. Jika PRU12 adalah gelombang ‘tsunami’, PRU13 berada pada ‘pemulihan akibat tsunami’, di mana proses pemulihan terdiri dari penambahbaikan demokrasi akibat tsunami yg lepas.

 
PRU14 adalah puncak demokrasi sebenar, jika diizinkan, ramai lagi calon-calon berwibawa akan muncul. Seperti yg saya katakan tadi jika PR menang pada PRU13 ini. Sebab itu kita perlu pilih PR kali ini.

Apa yg BN beri pada rakyat selepas PRU12 adalah bukan disebabkan kekuatan PR (lebih kepada protes rakyat akan kenaikan harga barang dsb atau dipanggil PROTEST VOTES) apabila rakyat membuat kejutan pada PRU12. So, kuasa di tangan rakyat, bukan PR. Oleh itu, kita kena faham apa yg diberikan sekarang oleh BN adalah sementara dan kita tahu jika PR kalah teruk pada PRU13 ini, janji hanya akan tinggal janji (oleh BN). Kita akan balik kepada asal, tidak akan ada paradigm shift.

Jika tuan-tuan mahu perubahan (paradigm shift), kena undi PR. Secara mudah untuk membuat keputusan untuk mengundi.
Mungkin ramai tak faham maksud paradigm shift. Saya beri contoh:

Negara bangrap; Apa maksud? Saya cedok skit:

“People don't seem to understand what it would mean to them if the country went bankrupt after building up such a huge public debt. So I tried this one today. I asked this chap, what if your father who has several properties that you were looking forward to inheriting upon his death, just a year before he died went on a spree, mortgaged all his properties to the fullest, took the credit and spent it all. You didn't know that he had mortgaged the property and yet he kept telling you that you will inherit the property. You probably also live in one of those properties. Then upon his death, the bank comes a calling, seize the property and tell you to move before they sell the property, take the money and leave you with your father's estate still owing money to the bank. That chap now understood what it meant when people spoke of the country going bankrupt.”

Senang cerita saya terangkan seperti berikut:

Sekarang hutang negara sekitar 500 billion. Hutang negara hanya sekitar 250 billion pada 4 tahun lepas, iaitu tempoh pemerintah DS Najib. Maknanya hutang naik mendadak dua kali ganda. Tidak pernah berlaku sebelum ini, hutang meningkat sekali ganda dalam tempoh singkat. Contohnya, sekitar 1990-2004, hutang hanya sekitar 100 billion.

Apa maknanya?

Contoh; hutang anda akan bertambah jika anda ‘refinance’ hutang rumah anda tersebut. Mungkin anda nak membesarkan keluasan rumah, Bermakna, anda terpaksa membayar hutang lebih setiap bulan untuk tempoh yg panjang, sebab hutang semakin bertambah.

Impaknya, jika terlalu banyak hutang, pada satu masa, jika gagal bayar hutang, bank berhak melelong rumah anda atau anda akan menanggung hutang yg makin banyak akibat lewat bayar.


Negara juga begitu. Negara akan jadi seperti Greece, Cyprus, dimana kerajaan tersebut gagal membayar hutang yg semakin bertambah. Akibatnya, rakyat terpaksa membayar cukai yg tinggi, inflasi meningkat (bermakna harga barang meningkat) dan sebahagian kakitangan kerajaan terpaksa dibuang atau gaji dipotong. Duit untuk pembangunan seperti nak buat jalan, universiti, sekolah dah takde. Duit nak bayar gaji kakitangan kerajaan pun mungkin terpaksa di ‘catu’.

Di Malaysia, perkara in sudah berlaku secara perlahan, di mana kenaikan gaji minima jika diambil kira pendapatan sektor swasta. Hutang bertambah. Harga barang sentiasa meningkat. Sampai satu ketika nanti, akan berlaku perkara sebegini. Oleh itu, perkara ini perlu di elakkan lebih awal. Penirisan seperti duit kopi/rasuah, kontrak kerajaan tidak telus dan boros berbelanja perlu dihentikan segera.


Monday, 22 April 2013

PRU13: Penulisan Blog dan Menyebarkan Berita/Kempen Dlm Masa Singkat?

Antara penulis blog yang aku 'respect' adalah A. Kadir Jasin. Bukan aku setuju semua apa yg dia kata, tetapi penulisan bukan hanya sekadar penulisan tetapi juga berdasarkan fakta.
 
Mungkin ramai yg tak setuju ngan aku tetapi dikalangan penulis blog PR sekalipun, ada yg menulis cara cincai je..
 
sebab itu, bagi aku PRU13 ni bukanlah puncak segala PRU. Puncak PRU mungkin PRU14 ke ato PRU15 dimana demokrasi sebenar dapat dilihat. Waktu itu mungkin BN dah takde kalau kalah.
 
Sebab apa? PRU13 ni dijalankan tidak dalam bentuk demokrasi sebenar, dimana semua pihak dapat equal access in term kempen, SPR telus, semua rakyat bleh mengundi (21 tahun ke atas) dan sebagainya.
 
Jika PR menang, mungkin ada akan kata itu puncaknya..tapi apa jadi kalau PR kalah? Memang, tanda-tanda sudah ada PR akan ke Putrajaya, tetapi mungkin ada yg akan berpaling tadah. Lihat di beberapa kawasan dimana pencalonan 'bertindih' berlaku dan selepas itu ada tuduh-menuduh di antara satu sama lain.
 
Ini tidak menguntungkan PR. itu sudah menunjukkan ada perancangan yg tak kena.
 
Lupakan YB Najib. mereka ada masalah tersendiri. dan jentera BN biasanya tahu apa yg perlu di buat sebab 'infrastruktur' mereka lengkap. sedangkan PR tidak ada masa, kurang dua minggu adalah waktu yg singkat. kecuali saf pembangkang tunjukkan kesatuan yg remarkable at this time before 5 may.
 
renungkanlah..

PRU13: Adakah susah untuk membuat keputusan?

Setengah pengundi susah untuk memilih, samada nak undi BN ke PR. Sebenarnya, tak susah. yang jadi susah kerana kita mengambil maklumat yg salah. Apabila maklumat salah diterima, maka kita jadi susah nak buat keputusan.
 
okay. saya bagi satu contoh.
"Penguasaan total PAS di Kedah Selatan selepas PKR diyakini tidak mampu mempertahankan kerusi-kerusi yang mereka menangi pada PRU12 lalu, membuatkan PAS berasakan mereka tidak akan terkalah pada PRU13 yang hanya beberapa hari sahaja lagi mendatang. Kawasan pembalakan di Gunung Inas dan Gunung Bongsu sebelum ini telah mendedahkan tentang kebobrokan PAS mentadbir Kedah, terutama sekali di selatan negeri tersebut.
 
Sekaligus menyebabkan PAS tidak dapat lagi bergantung harap kepada mineral, pencerobohan dan pemusnahan hutan serta penebangan balak semata-mata, sebaliknya PAS perlu melihat alternatif lain yang lebih mendatangkan wang dalam tempoh terdekat."

macam mana nak 'verify' maklumat diatas benar atau tidak?

senang ja, tengok samada ada lori balak kluar masuk kawasan tu. kalau ada berapa biji sehari ato seminggu ato sebulan? kalau takde, maka berita tu bohong. ini dikatakan DISINFORMATION.


Satu masalah lagi adalah MISINFORMATION. maklumat seperti ini disebarkan oleh orang yg dipercayai tetapi mangambil maklumat yg salah..misalnya, maklumat diatas (DISINFORMATION) disebarkan oleh orang lain yg mempercayai berita itu benar, tetapi berita itu sebenarnya tidak benar.

Di laman web seperti forum, terutama topik berkaitan politik, berita yg di sampaikan banyak yg tidak benar dari yg benar. Saya boleh kata jika diambil 10, hanya 2 atau 3 topik saja yg benar berkualiti. Berkualiti tak juga semestinya benar.

 

PRU13 Penentuan 5 May 2013: 'Preview' Kawasan Kulim-Bandar Baharu

Saya 'preview' atau rujuk balik dua kenyataan dari website dan blog berkenaan (yang saya taknak sebut) mengenai kawasan Kulim-Bandar Baharu yang saya anggap 'sahih'.
 
Kenyataan selepas parlimen di bubarkan pada April 2013
Quote
"Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.
 
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang. Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah."

Seretan Peristiwa Pasca PRU12
"Pada 19 Ogos (2008) lalu, Mahkamah Pilihan Raya telah menetapkan 16 September ini untuk mendengar semula petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum 8 Mac (2008) lalu sebagai tidak sah. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi menetapkan tiga hari bermula dari tarikh itu untuk meneruskan perbicaraan setelah kes berkenaan tertangguh tiga kali.

Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan tersebut, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz ialah Zulkifli Nordin yang memenangi kerusi Parlimen itu tidak mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya lalu yang melanggar Akta Pilihan Raya.

Zulkifli dari PKR mendapat 22,255 undi, menewaskan Abdul Aziz yang memperoleh 16,672 undi."
Unquote 
 
Apa 'significant'nya dua kenyataan dan peristiwa di atas bagi Warga Kulim-Bandar Baharu, terutama bagi 60,910 pengundi yang akan memilih pada 5 May ini?
 
Medan politik adalah medan memilih pemimpin. Itu yang terpenting sekali. Tetapi memilih ahli dewan negeri (ADUN) dan ahli PARLIMEN tidak menjamin kawasan kita akan berubah. Jadi, kebanyakan kita akan memilih parti atau coalition. Situasi di Malaysia, memilih parti sahaja tidak mencukupi di era pasca PRU12.
 
Jadi rakyat terpaksa memilih samada BN atau PR (PKR/PAS/DAP). Itulah saja pilihan yang kita ada. Tidak ada jalan tengah atau 'undi rosak'. Undi rosak dalam definasi saya tidak membawa apa apa kebaikan kepada Negara, Bangsa dan Agama.
 
Pertama sekali kita tahu PR atau BN akan diberi mandat oleh rakyat untuk ke Putrajaya dan coalition mana (PR atau BN) di Kulim-Bandar Baharu yang kita akan pilih?
 Akan jadi kenyataan?
 
Pendapat saya kali ini, jika sayangkan Malaysia, kita hanya boleh pilih PR atau BN sahaja. Soal nak pilih, contohnya ADUN untuk BN dan PARLIMEN untuk PR atau sebaliknya, tidak boleh timbul. atau sesiapa yg bercadang untuk undi rosak, tak de faedahnya walaupun untuk memprotes. Kalau nak protes pun, jangan rosak kan undi, lebih baik undi sebelah pihak lain.
 
Nota: Mengundi calon bebas dan parti serpihan bukan keutamaan pada tahap politik Malaysia hari ini. Mungkin dalam masa 10-20 tahun akan datang, apabila politik di Malaysia sudah 'matang', bolehlah kita mengundi berdasarkan calon.
 
Di daerah BB ni (sebab saya tak sebut Kulim kerana Kulim mungkin isunya berbeza) ada isu tersendiri. Kalau di bandingkan dengan daerah-daerah lain, TIGA kekurangan utama yang perlu di beri perhatian oleh kedua-dua pihak negeri dan pusat adalah
1. Ketiadaan Hospital Daerah di Serdang
2. Ketiadaan Jalan Utama (Highway dua lorong) dari Tol Bandar Baharu ke Kulim - jalan sedia ada sangat merbahaya yg melibatkan banyak kemalangan akibat jalan berliku-liku.
3. Kawasan Perindustrian Kecil (IKS) - akibatnya penduduk berhijrah ke tempat lain.
 
Tiga perkara yg saya cakap tu bukanlah perkara baru yang saya suka timbulkan dan ketiadaan tanah di daerah ini untuk tujuan tersebut bukanlah satu isu utama. Kita lihat kawasan di sekeliling (di Selatan, iaitu Parit Buntar lebih maju dari Pekan Bandar Baharu, di Barat, iaitu Penang dan (Krian/Perak) dan Utara (Kulim) dan Timur (Selama, Perak) lebih maju.
Daerah Bandar Baharu
 
Satu ketika dahulu, jumlah penduduk di Daerah BB adalah yang paling rendah jika dibandingkan jumlah penduduk di daerah-daerah lain di Kedah (saya tiada statistik terkini). Kebanykan keluar dari kawasan ini disebabkan tiada pembangunan mampan walaupun di perintah oleh mamak menteri selama 5 penggal.
Menteri Kulim-BB selama 5 penggal; apa hasilnya?Itupun ada cita-cita nak tubuh parti baru
 
Perbezaan dari segi pembangunan di daerah BB dengan kawasan sekitar di kira amat ketara. Cuba tengok dari segi mukabumi dan sempadan daerah-daerah lain, apa masalahnya di daerah BB ni? Kecuali bagi daerah di sebelah Banjaran Titiwangsa di mana tidak ramai penduduk akibat keadaan mukabumi, tetapi Daerah BB hanya dipisahkan hanya oleh bukit yg rendah. Lihat kedudukan Pekan Serdang jika di banding Pekan Selama, Perak yg berada jauh sedikit di pendalaman.
 
Kedudukan Pekan Serdang dibandingkan Nibong Tebal dan Parit Buntar yang lebih maju dan hanya jalanraya berliku yang menghubungkan Kulim dan Serdang (Nota: dalam peta di atas nampak lurus, realitinya adalah berliku disebabkan di bina oleh estet waktu 40-50 tahun dulu)
 
Tengok sahaja Pekan Serdang (Selain IPD, Balai Bomba, Pusat Pentadbiran Daerah), apa yang ada di Serdang?
 

 Pekan Serdang (Deretan Kedai/Bank Hong Leong di depan Pusat Pentadbiran Daerah BB(tiada dalam gambar)
 
Adakah image di atas  sajakah yang boleh di banggakan oleh warga BB  (Pengundi 26,506) yg lokasi tak jauh dari P.Pinang?
 
Jika di bandingkan dgn yang ini di Kuala Ketil  (Pengundi 28,097) dan KUIN yg jauh di pendalaman?
 
 
atau Pekan Parit Raja, Johor yg jauh lebih maju walaupun pengundi hanya 20,207? - tak payah letak gambar dah tahu..
 
kesemuanya kawasan tersebut adalah majoriti kaum melayu..
 
Satu masa dulu, dengar ura-ura.
 
1. kolej/politeknik akan dibina, aleh aleh pindah ke High Tech Kulim
 
2. ura-ura nak ada kawasan IKS, tinggal mimpi saja..
 
3. ura-ura nak bina pekan BB yang baru dekat TOL PLUS, aleh bleh tengok sawah terbiar je..
 
berita terbaru, lapangan terbang tentera Butterworth nak di pindahkan ke BB..hehe..
 
sebagai anak tempatan, aku harap akan ada perubahan drastik di daerah BB memandangkan kedudukan berdekatan dengan PP dan access untuk ke arah Selatan dari Hi-Tech Kulim tanpa melalui PP. Ia hanya boleh di realisasikan jika ada kemudahan jalanraya dua lorong.
 
takan lah perkara cam tu takleh nak fikir..
 
lastly hehe undilah..