Sunday 22 April 2018

Emc2: recycle pru13 prediction

Masih lagi relevan...some prediction..
Artikel ditulis sebelum pru13..skrg tak same, tiada lagi PR, tp impak lebih besar dgn adanya TDM..

https://usahamaju2020.blogspot.my/2013/04/pru13-kenapa-pengundi-yang-dah.html?m=0

Saturday 21 April 2018

PRU14

Final Countdown....Pemilihan Terakhir

1. Nak pilih sapa?
2. Nak pilih parti mana?
 Dah tahu.. tahun ni jadi pemerhati je...
Nak analisa sendiri..tengok teror ke tidak
Kikiki

Wednesday 12 March 2014

What The New Ukrainian Revolution Is Really About


When I posted an article last week about the importance of the current Euromaidan protests in Ukraine, I was surprised by how many comments posed the situation in terms of East-West relations, as if the Cold War was still a serious consideration. Then, as the story gained traction in western media, it seemed that many so-called experts saw it the same way.

That’s a gross misunderstanding of the situation. The Cold War is over and has been for quite some time. Ukraine, as well as Russia, is a market economy and has shown little interest in joining NATO or other political alliances.

And that’s why we should all be watching Ukraine, because, while what’s happening there says very little about ideology or the grand chessboard of geopolitics, it says a lot about how technology has transformed the world and how we need to operate in it.

We now live in a new age of disruption in which, as Moisés Naím puts it, “Power is easier to get, but harder to use or keep” and people in positions of authority, whether they be politicians or CEO’s, have far less control than they used to. It is, in fact, complex networks of interests and influence, rather than traditional hierarchies that now determine events.

The Truth About The Russian Resurgence
Almost as soon Vladimir Putin took over, Russia began an impressive economic resurgence. GDP consistently grew in the high single digits, deficits turned to surplus, the central bank began to accumulate massive foreign currency reserves and its credit rating was once again considered investment grade.

Yet even then there were signs that all was not well. Many of the economic gains were a function of rising oil prices—which increased from under $20 in the late 90’s to a high of $140 in 2008—rather than any intrinsic productivity gains. While foreign investment merely trickled in, capital flight soared, as wealthy Russians shipped their money out of the country as fast as they could.When I lived in Moscow in 2003, it was obvious that the country had gotten its confidence back. It was common, especially when speaking in their native language rather than English, for Russian businessmen to talk about dominating Europe economically. Clearly, the country was no longer the basket case it was in the 90’s.

............

continue at http://www.forbes.com/sites/gregsatell/2013/12/08/what-the-new-ukrainian-revolution-is-really-about/

Wednesday 17 July 2013

Melayu itu dan Melayu ini


Melayu itu dan Melayu ini, rakyat juga yang ketinggalan - Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

July 17, 2013

Isu ini terus dimainkan Umno. Kalau Umno tewas maka masa depan orang Melayu akan musnah. Oleh yang demikian, orang Melayu mesti terus menyokong Umno. Tetapi untuk tujuan apa? Supaya mereka yang kita beri kuasa boleh terus mengayakan golongan Umno Baruputra?

Keadaan rakyat Melayu ketinggalan dibelakang. Umno menjerit sana sini mengenai Melayu itu dan ini. Tetapi yang merasa nikmat kuasa politik yang rakyat beri ialah putera bangsawan, putera pemimpin Umno, putera dan puteri kroni Umno dan putera pegawai tinggi kerajaan.

Perkara ini saya dengar juga selama saya berada dalam persidangan Dewan Rakyat. Teriakan Melayu itu dan Melayu ini lantang kita dengar. Kadang-kala dalam nada yang bellicose dan mengajak kita bergaduh.

Mereka yang berteriak Melayu ini dan Melayu itu lupa bahawa lebih ramai orang Melayu menolak mereka. Daripada jumlah 11.23 juta yang keluar mengundi, jumlah Melayu ialah 65 peratus atau 7.3 juta.

Umno dan BN mendapat 3.4 juta undi Melayu. Ini bererti 3.9 juta orang Melayu menolak BN berbanding dengan 3.4 juta. Umno sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi iatu sama dengan jumlah ahli Umno. Maka yang menjerit melayu itu dan ini, menjerit atas kuasa apa? Majoriti Melayu tidak bersama kamu.

Kita hendak tanya, apa parti Melayu yang terbesar lakukan selama mereka memerintah. Sejak 1955 hingga hari ini, yang perintah kerajaan persekutuan ialah perikatan dan BN yang dikepalai oleh Umno. Pendapatan purata orang kampung yang majoritinya Melayu sekitar RM3,000 sebulan. Ini angka purata. Dalam kawasan saya di Raub, saya tidak tahu bagaimana sebahagian besar rakyat Melayu mencari pendapatan. Mereka hanya pekerja kampung atau makan gaji sebagai buruh menoreh getah. Dengan harga getah yang amat rendah keluarga Melayu yang hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM200 sebulan pun ramai.

Maka pendapatan purata RM3,000 sebulan tidak bererti kepada orang Melayu. Sebahagian besar berada di luar lingkungan pendapatan purata ini. Tetapi, kebetulan itu mereka di tahap kelayakan menerima BR1M. Maka BR1M sebetulnya pengesahan bahawa orang Melayu miskin selama berada dalam pemerintahan Umno. Pendapatan purata orang Melayu 70 peratus dan 85 peratus daripada pendapatan purata Cina dan India. Ini bemakna, yang paling miskin ialah Melayu.

Selepas berbilion dibelanjakan dan puluhan dasar dijalankan. Setelah puluhan tahun memerintah, 7.2 juta Melayu berpendapatan kurang RM1700. Manakala 8.7 juta berpendapatan RM1500. Perbezaaan pendapatan antara kaya dan miskin Melayu masih meluas walaupun sudah diperbaiki sejak 2009.

Sehingga 2012, peratusan Melayu yang jatuh di bawah garis kemiskinan ialah 2.2 peratus. Saya mengajak pembaca Melayu merenung perkara ini. Mereka yang menerpa kepada kita memohon bantuan kebajikan ialah Melayu. Mereka yang menerjah kita apabila ada malapetaka dan bencana alam ialah Melayu. Mereka yang memohon bantuan kewangan untuk ke hospital mendapat rawatan khusus dan memerlukan wang hantar sekolah ialah Melayu. Jika ibu bapa bermula sebagai penerima bantuan JKM, anak pun sama mewarisi status ini. Bahkan untuk bayar rumah dan bil api pun yang datang memohon pertolongan ialah orang Melayu.

Mereka yang meraung tidak dapat hak milik tanah yang diusahakan 30-40 tahun ialah Melayu. Jadi, melayu yang macam mana BN tolong? Umno tolong Umno Baruputra. Ketua eksekutif yang bergaji RM400,000 ke atas dan RM1.2 juta sebulan? Malah ada yang jadi menteri, tahun lalu mendapat gaji dan emolument RM6 hingga RM7 juta. Melayu jenis ini tidak kisah tidak dapat hak milik, tidak tahu pun apa JKM, perasaan ditimpa bencana alam, tidak peka hidup dalam gerobok usang, tidak tertekan mahu hantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Jadi jeritan Melayu itu dan ini yang berkumandang dalam Dewan Rakyat selama saya bersidang hanya hipokrasi hendak menunjuk-nunjuk si penjerit menjuarai kepentingan Melayu. Bagaimana teriakan yang kuat menyelesaikan masaalah kemiskinan dan kemunduran Melayu? Jeritan bukan ganti kepada integriti, tataselia yang baik, kerajaan yang bersih dan cekap, pematuhan kepada pemerintahan ikut undang-undang dan akauntabiliti. Jeritan dan pekikan bukan ganti kepada dasar yang jujur dan ikhlas. - sakmongkol.blogspot.com, 17 Julai, 2013.

Tuesday 28 May 2013

E=mc2: Soalannya Mudah Saja tetapi 'kenapa susah nak cakap'?

BACA STATEMENT NI
"Beliau juga terdapat (mendapati) calon yang disyaki sebagai pengedar dadah walau tidak menyebut apa-apa nama." DAN PIL KUDA DAN SEBAGAINYA..
 
Pembaca sudah dapat meneka aku merujuk kepada siapa yang buat statement 'macam gitu' kalau bukan TGHA.
mudah saja bagi aku.. namakan siapa dia tu..anu tu?.. dari parti mana?.. parti mana gantung gambar karl max?..
 
tengok apa  ketua pemuda PAS jawap..
tak bleh kah jawab secara 'direct'?
 
kat bawah, aku post dua komen pembaca:
 
KOMEN 1
Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. ...Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 – bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS…
 
KOMEN 2
PAS Sila Cermin Diri Dahulu..

Ini adalah pendangan dan pendapat peribadi aku. buka mewakili parti atau mana mana pemimpin. jadi jgn ada sesiapa yg mahu menyangkutkan dgn sesiapa atau apa apa.

Apabila DSAI menganjurkan perhimpunan suara rakyat suara keramat Presiden PAS haji hadi berkata "

Kata Presiden PAS YB. Tok Guru Haji Hadi Awang bahawa rakyat telah memilih dan terima lah hakikatnya..
Dari dahulu lagi dari era reformasi lagi aku dah kata ornag ornag PAS hanya berani bercakap sahaja tetapi nak buat mereka penakot. tunjuk alim, tunjuk bagus , tunjuk warak , kalau nak pergi berperang mereka bukanlah sahabat yg kita boleh harap. sorry not me. bermegah dgn unit amal, unit amal sekali fru bunyikan locen mereka cabut lari dahulu. ini bukan fithnah tetapi pengalaman.

 sebelum pilihanraya kita tengok penyokong , pendokong, ahli P...AS begitu riak takbur.bermegah kononya mereka kuat. artis tu sokong, artis ni sokong, ahli politik tu sokong sini sokong sana sokong , mereka megah, riak takbur. belagak, siap ada cawangan awangan buat relica kapal terbang, kapal selam, kereta kebal. , shouting there shouting here they are strong. anak muda menyokong mereka.tunjuk kononya mereka kuat. sampais aya sendiri dah naik percaya kali ini umno kalah teruk walaupun menipu.

Last last perak tak dapat balik , kedah jatuh ke tangan ornag., titiwangsa jatuh ke umno , putrajaya terkecimpong , apa jadi, semua terkedu semua diam. itupun ada hamlau hamlau yg bising bising biarlak selangor di pegang PAS. hahah sorry bro. noway. kalau PAS pegang selangor aku berani bertaruh 5 tahun lagi selangor juga akan jatuh ke tangan BN. Sebab apa terjadi. sebab mereka tiada sifat sifat Tok Guru Nik Abdul Aziz. yg sentiasa berserdehana. tak riak, tak takbur.mereka bongkak dna berlagak. sebab itu aku tengok Yg Azmin Ali keras dgn pas. dans ebab itu juga aku tengok PAS mati mati tidak mahu Azmin Ali jadi Mb Selangor

 Pas pegang Terengganu jatuh ke tangan BN. pas pegang perak jatuh ke tangan BN, Pas pegang kedah jatuh ke tangan BN. stop talking about pengundi hantu. cermin diri sendiri dahulu. mustahil ornag itu kalah hanya kerana undi hantu. abang aku sendiri pimpinan PAS. anak sdr aku ahli pas. , tetapi adakah ini akan menahan aku dari berkata. sorry tidak begitu juga mereka tetapi biar berfakta. kita bermegah boleh tapi don't over. tak payah heboh.

 Ahli PAS penyokong pas lebih kepada berkata dari berkerja. sorry k. ini kenyataan. cerita je banyak. but nothing. , tengok lah byk kita dengar berbagai cerita. rebut sana rebut sini. lawan sana lawan sini. . orang lawan dulu sampai menang. ini tidak belom apa apa dah nak berebut.rebut sana rebut sini. sewaktu Pas dapat pegang perak dahulu , tak sampai 5 bulan ada ahli pas yg aku kenal hubungi aku. tanya nak beli tanah tak. aku rapat dgn mb Nizar dia cakap. aik ko pegang kerajaan negeri ko pun dua kali lima umno ke.

Tapi bila ornag cakap mereka melenting. cerita kisah nabi , kisah khalifah, itu ini, contohi sana contohi sini. sedangkan ko sendiri tunggang langgang. setakat hero worrior di keyboard,. je. pas kena muhasabah diri. tengok sekeliling. jaga hati kawan. kita pakatan buat cara pakatan. jgn dok PAS PAS PAS . aku ikut parti bukan baru dari sejak belom di tubuhkan. untuk 2-3 tahun pertama aku jadi pembantu dna pengiring Setiausaha Agong Pertama Sdr Anuar Tahir . apa aku tak tahu ke. dalam mensyuarat aku sebagai fotografer gak tak dengar ke.

Pas ni semua mereka nak, semua kawasan kalau boleh mereka nak. bangang. orang fikir menang dulu. kalau rasa kawasan tu PAS tak boleh menang bagi dekat kawan DAP ke PKR ke. ini tidak semua dia nak. aku berani cakap PUTRAJAYA DGN TITIWANGSA kalau bagi dekat PKR pasti menang. belajarlah bertolak ansur. tengok kenapa hampir 50 tahun masih tak menang menang gak. hanya menang kelantan je. jgn bongkak sangat, jgn ikut perangai UMNO.

 Ok ini pandnagan aku ok. berdasarkan pengalaman. kalau ko orang nak balas atau komen silakan tapi pakai otak walaupun tak boleh terima. maki hamun aku. aku sumpah mak kau. paham.

Friday 24 May 2013

E=mc2: Kalau di sana 2x5, di sini 5x2... Jawabnya sama....10...!!

oleh Aspan Alias

Seminggu yang lepas heboh diperkatakan oleh Zahid Hamidi supaya rakyat meninggalkan negara ini jika tidak bersefahaman dengan sistem pilihanraya di negara ini. Dua hari lepas timbul pula desakan dan seruan supaya siapa yang tidak bersetuju dengan sistem yang ada supaya tinggal di dalam hutan. Seruan yang ini datangnya dari Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Selangor.

Seorang meminta supaya meninggalkan negara dan yang seorang lagi meminta sesiapa yang tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang supaya tinggal di dalam hutan. Apabila kita sarat dengan pemimpin yang ‘gila’ seperti ini, sememangnya tidak dapat sesiapa menyalahkan rakyat memberontak dalam pemikiran mereka. Rakyat mahukan kepimpinan yang selari tahap dan kemampuan mereka untuk berfikir dan bertindak mengikut waktu dan zamannya.

Kita tidak kisah dengan Noh ini, kerana beliau bukanlah seorang pemimpin yang perlu diberikan perhatian. Beliau hanyalah seorang daripada ramai yang memimpin kerajaan yang begitu keliru dengan kedudukan yang mereka sandang. Kumpulan pimpinan seperti ini adalah kumpulan pemimpin yang tidak tahu bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin. Adakah mereka menjadi pemimpin kerana main politik wang, atau menaiki hairaki parti dengan mengampu atau apa? Yang pasti mereka naik bukan kerana mereka itu kepimpinan.


Dulu saya selalu berkata dalam UMNO bercakap benar itu adalah haram dan salah dan mereka yang bercakap benar wajar disingkirkan. Dalam UMNO, pemimpin mereka terpaksa bersifat menekan terhadap mereka yang tidak disukai kerana pimpinan di dalam parti itu tidak tahu untuk berhujah kerana mereka bukannya pemimpin yang sejati dan ‘genuine’. Kalau ditanya kenapa dan bagaimana mereka menjadi pemimpin mereka tidak akan tahu jawapannya.

Pemimpin lemah seperti pemimpin UMNO tidak akan senang dengan sistem demokrasi yang sebenarnya. Mereka tidak akan tertahan dengan kritikan dan pandangan yang berlainan daripada kemampuan mereka berfikir. Mereka selalunya ego dan jangan sekali berbeza pendapat dengan mereka. Mereka tidak berupaya berpolitik dalam keadaan demokrasi. Sebenarnya pemimpin UMNOlah yang sepatutnya dihalau keluar atau dihalau ke dalam hutan. Merekalah yang sebenarnya tidak menerima sistem demokrasi itu. Itulah sebabnya mereka kadangkala terpaksa menipu dan melakukan jenayah demokrasi itu secara besar-besaran.

Pada siapa yang sudah berumur akan tahu bagaimana demokrasi sebenarnya tidak boleh diterima oleh pimpinan UMNO itu. Apabila Mahkamah meminta UMNO mengadakan pemilihan sekali lagi kerana ada penipuan dalam pemilihan UMNO dalam tahun 1987 yang lalu, Mahathir tidak mahu memenuhi tuntutan undang-undang itu. Mahathir lantas mencari jalan agar UMNO itu diharamkan dan wujudkan UMNO yang baru, UMNO yang ada pada hari ini. UMNO tidak tahan dengan demokrasi itu dan itu merupakan penyebab kerana UMNO begitu dipandang rendah oleh rakyat hari ini.

Jadi kalau Noh Omar hendak bercakap besar atau Zahid hendak menghalau orang lain, UMNO itu sendiri mesti dikaji, apakah UMNO itu sebenar-benarnya terletak di atas landasan demokrasi yang sebenarnya? Noh mesti sedar yang UMNO itu wujud atas ketidak-mahuan pimpinan UMNO itu sendiri menerima demokrasi. Itu secara tulennya. Menipu di sana dan menipu di sini.

Itu sebabnya saya tidak begitu terkeliur untuk bersama ‘rally’ anjuran Anwar ini kerana Anwar sendiri adalah seorang pendukung kepada pengharaman UMNO itu dan menjadi Naib Presiden kepada Jawatankuasa Penaja UMNO baru itu. Parti baru itu ditubuhkan di Seri Perdana pada Februari 1988. Kepada yang muda-muda yang tidak pun bergiat atau masih main tali seluar lagi semasa itu, tidak akan dapat merasakan apa yang orang seperti saya rasakan.

Anwar pernah berkata semasa beliau bersama Dr Mahathir, “Kalau dapat ku pintar awan di langit, akan ku tuliskan namamu Mahathir,” begitulah kuatnya Anwar menyokong Mahathir yang tidak demokratik itu. Jadi bagaimana Anwar mengajak kita untuk melakukan ‘rally’ setiap malam kerana tidak mahu menerima keputusan PRU 13 itu? Sekarang ramai di kalangan kita tidak percaya kepada Mahkamah.

Barang diingat Anwar jugalah yang bersama-sama merobohkan sistem Mahkamah semasa itu bersama Dr Mahathir dan sekarang bolehkah beliau mengkritik ketidak-adilan Mahkamah itu jika ia masih berlaku? Anwar jugalah yang menyokong penyingkiran Hakim-Hakim Mahkamah Agong yang diketuai oleh Tun Salleh Abas dahulu.

Saya menyebut ini kerana yang hendak membetulkan keadaan itu juga adalah orang yang mewujudkan keadaan yang tidak betul itu. Baik dalam PKR atau UMNO itu mereka adalah dari acuan yang sama sahaja. Itu maksud saya sejak akhir-akhir ini. ‘Buntut kuali mengatakan buntut belanga itu hitam’... Bagaimana orang-orang seperti saya hendak yakin? Itulah sebabnya juga saya merasa kasihan terhadap mereka yang bersorak siang dan malam bersama Anwar menuduh negara tidak demokrasi?

Kalaulah Anwar itu tidak dipecat kerana kesalahannya sendiri dahulu, sekarang Anwar sudah menjadi Perdana Menteri BN dan akan mengekalkan keadaan yang sama juga untuk mengekalkan kedudukannya. Saya mungkin mendapat kritikan kuat dari ramai tetapi apa boleh saya buat? Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana itulah kebenarannya?

Itu sebabnya mana-mana parti yang tidak telus pemilihan di dalam partinya itu tidak akan kekal lama. Lama-lama nanti parti yang kuat itu akan lemah juga kerana akhirnya kebenaran akan timbul juga.

Tidak kira parti-parti itu di pihak BN atau pembangkang, jika pemilihan pimpinan partinya tidak telus akhirnya parti itu akan menjadi parti kebencian ramai. Hanya masa akan menentukannya.

‘Bagaimana hendak menutupi bangkai gajah dengan nyiru sahaja’? Tidak boleh.

Monday 20 May 2013

Bagaimana Mengukur Keluasan Tanah Anda?

Apabila anda membeli tanah, bagaimana anda tahu keluasan yang betul? Biasanya, kita bergantung kepada Pejabat Tanah kerana keluasan tanah tersebut tercatat di dalam geran dan biasanya tepat.
 
Walaupun begitu, ada beberapa sebab anda perlu mengukur semula tanpa memanggil semula agen pengukur tanah yang dilantik oleh Pejabat Tanah.
 
1. Batu (penanda) sempadan dah 'hilang' samada tertimbus atau tidak dijumpai.
2. Rupa bentuk tanah berkenaan.
 
Apabila berlaku demikian, ada beberapa masalah akan timbul. Contohnya, apabila anda hendak membuat pagar. anda tentu tertanya-tanya di manakah sempadan yg betul. Kedua, kadang-kadang berlaku juga pencerobohan tanah anda oleh jiran anda samada sengaja atau tidak sengaja. Terjadinya demikian kerana bukan sahaja faktor di atas, tetapi kesilapan membaca pelan tanah yang betul. Kadang-kadang, masalah tersebut boleh menyebabkan pergaduhan antara anda dan jiran anda.
 
Saya bagi satu contoh di bawah.
 
Tanah di atas berukuran 900 kaki panjang dan 100 kaki lebar. Itu adalah anggaran. Jika ia bergaris lurus yg panjang, seperti di atas, hanya ada dua batu penanda di ujung sempadan. Jika anda membuat kesilapan lebar sekiranya hanya satu kaki, maka bagi panjang tersebut, anda boleh membuat kesilapan keluasan sebanyak 900 kaki persegi.
 
Nanti ada orang bertanya, ukur sajalah dari dua batu sempadan (900 kaki) tersebut, tetapi kena ingat, bentuk rupa bumi bukannya sama tinggi (macam padang bola) mungkin ada juga semak samun. Ukur sudut? memang boleh, tetapi bagaimana anda mengetahui sudut anda tepat (kecuali menggunakan alat yg betul)? kalau salah satu darjahpun, bagi panjang 900 kaki tersebut, anda boleh tersasar sebanyak lebar 50 kaki di hujung sempadan.
 
Oleh itu, sudut sahaja tidak boleh di gunakan dengan tepat. begitu juga jarak. Sebab itu, dua-dua sudut dan jarak diberikan di dalam pelan tanah, dan ia penting dalam pengiraan.
 
Jadi untuk memudahkan pengiraan, ada perlu memecahkan segiempat besar berkenaan kepada beberapa segiempat yg kecil supaya jarak (LEBAR) boleh di ketahui bagi setiap panjang 100 atau 150 kaki misalnya.
 
Persoalannya, ia bukan segiempat sama, jadi bagaimamana?
 
Sebenarnya, jika setiap segiempat kecil tersebut dipecahkan menjadi segitiga, maka anda boleh mengira keluasan dengan mudah, iaitu;
 
1. dengan mengunakan kaedah begini:
dan
2. anda perlu tahu dua formula metamatik berikut:
3. anda perlu  buat sedikit kiraan mengunakan Microsoft Excel dan formula 2. di atas
 
Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mengunakan 3. di atas, anda hanya perlu calculator dan 1.&formula 2.
 
Dengan syarat, satu batu penanda (biasa di tepi jalan, bagi tanah yg berhampiran jalan) dan pelan tanah mestilah ada.